KEPERLUAN ASAS


KEPERLUAN ASAS MANUSIA


Manusia memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.
Keperluan asas manusia ialah :




  • UDARA

-Manusia memerlukan udara untuk bernafas
-Manusia menarik dan menghembus nafas melalui hidung




  • AIR

Air amat penting kepada manusia
Manusia memerlukan air untuk :

-      Menggantikan air yang hilang semasa bernafas berpeluh dan membuang air kecil
-      Menyingkirkan bahan buangan daripada badan
-      Pertumbuhan dan kekal sihat
-      Mandi, mencuci dan membasuh
-      Mengawal suhu badan

Sebahagian badan kita terdiri daripada air.
Apabila kita bernafas, berpeluh dan membuang air kecil, badan kita akan kehilangan air.
Kita boleh memporeleh air dari meminum air, makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai kualiti banyak.





  • MAKANAN

Manusia memerlukan makanan untuk terus hidup.
Makanan membantu kita untuk:

-      Membesar
-      Mendapat tenaga
-      Membina serta menggantikan sel yang rosak

Makanan yang seimbang membantu kita kekal sihat.







  • TEMPAT PERLINDUNGAN

Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi dari bahaya dan cuaca buruk seperti panas, sejuk, ujan dan ribut.







KEPERLUAN ASAS HAIWAN





Keperluan asas haiwan seperti manusia iaitu udara, air, makanan dan tempat perlindungan.



Haiwan memerlukan udara untuk bernafas dan air untuk kekal sihat, mengawal suhu badan dan mengyingkirkan bahan buangan daripada badan.


0 comments:

Post a Comment