Dokumentari Sains

Soalan Ulangkaji


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.         Dalam rantai makanan, tumbuhan hijau dikenali sebagai _____________.
2.         Herbivor, Karnivor dan Omnivor dikenali sebagai ___________________.
3.         _________________ adalah haiwan yang makan daging dan tumbuhan .
4.         Sekunder terdiri dari haiwan______________________.
5.         Maksud anak panah à ialah _____________________.
6.         Lembu dan kerbau akan kekurangan makanan sekiranya banyak _________________ yang mati.
7.         Pengguna _________________________ merupakan pengguna ketiga.
8.         Anak panah akan menghala ke ______________dalam rantai makanan.
9.         Tumbuhan hijau boleh _______________________makanannya sendiri.
10.          Manusia juga tergolong di dalam haiwan _________________________.

Lagu Rantaian Makanan



RANTAIAN MAKANAN


Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?


Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak menyala.
api tak menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak  menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?

Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
ular nak makan aku.


Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku
memang makanan aku......

KEPERLUAN ASAS


KEPERLUAN ASAS MANUSIA


Manusia memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.
Keperluan asas manusia ialah :




  • UDARA

-Manusia memerlukan udara untuk bernafas
-Manusia menarik dan menghembus nafas melalui hidung




  • AIR

Air amat penting kepada manusia
Manusia memerlukan air untuk :

-      Menggantikan air yang hilang semasa bernafas berpeluh dan membuang air kecil
-      Menyingkirkan bahan buangan daripada badan
-      Pertumbuhan dan kekal sihat
-      Mandi, mencuci dan membasuh
-      Mengawal suhu badan

Sebahagian badan kita terdiri daripada air.
Apabila kita bernafas, berpeluh dan membuang air kecil, badan kita akan kehilangan air.
Kita boleh memporeleh air dari meminum air, makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai kualiti banyak.





  • MAKANAN

Manusia memerlukan makanan untuk terus hidup.
Makanan membantu kita untuk:

-      Membesar
-      Mendapat tenaga
-      Membina serta menggantikan sel yang rosak

Makanan yang seimbang membantu kita kekal sihat.







  • TEMPAT PERLINDUNGAN

Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi dari bahaya dan cuaca buruk seperti panas, sejuk, ujan dan ribut.







KEPERLUAN ASAS HAIWAN





Keperluan asas haiwan seperti manusia iaitu udara, air, makanan dan tempat perlindungan.



Haiwan memerlukan udara untuk bernafas dan air untuk kekal sihat, mengawal suhu badan dan mengyingkirkan bahan buangan daripada badan.